Sunday, March 10, 2013

Akademi Pengawas Sesi 2013

Bersyukur ke hadrat Ilahi. Jumaat yang lepas pada tarikh 8 Mac 2013, barisan pengawas tingkatan empat telah menganjurkan program Akademi Pengawas siri pertama. Penyertaan daripada para pelajar pada tahun ini adalah di luar jangkaan kerana mencecah 100 orang pelajar. Mereka telah dibahagikan kepada 8 kumpulan dan dibimbing oleh beberapa orang mentor yang terdiri daripada pengawas SAM Hulu Langat.

Memilih lagu Kau Ku Temu nyanyian Hafiz, Aril dan Hakim sebagai lagu tema. Aktiviti taaruf sesama ahli kumpulan dan kumpulan lain yang sangat menarik bagi menguji kepekaan dan daya ingatan ahli-ahli Akademi Pengawas. Masing-masing memberi tindak balas dan kerjasama yang baik pada hari pertama bersua. Moga istiqamah menghadiri program ini.

Adik-adik, sekali tak hadir, rugi rasanya! Teruskan semangat anda ya? Fighting! :)











No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T

Selamat Datang ke Blog Pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. Kami barisan kepimpinan sekolah akan melaksanakan visi & misi kami dengan baik.

Kepimpinan adalah amanah dari Allah