Saturday, September 20, 2014

Jamuan Akhir Tahun 2014

ASSALAMUALAIKUM sebagai pembuka bicara . 

Kali ini saya nak update mengenai Jamuan Akhir Tahun Pengawas 2014 .

Tempat : D'Village Hotel Melaka

Hari : 2Hari 1Malam

Sebelum itu , tahniah diucapkan kepada pengawas tingkatan 4 yang telah menjayakan program tersebut dengan bimbingan guru pengawas iaitu Puan Rohaizah dan Encik Azri . Okay , sebelum nak tengok gambar , ingin saya ceritakan sedikit tentang perjalanan kami sepanjang berada di Melaka . Kami semua berkumpul di sekolah pada 9 pagi dan bertolak pada pukul 10 pagi . Perjalanan ke Melaka mengambil masa kira-kira 2 jam sahaja . Setibanya kami di sana , kami terus check in ke dalam bilik hotel masing-masing . Selepas itu kami teruskan aktiviti kami dengan pergi melawat ke tempat-tempat yang menarik di Melaka , antara tempat yang sempat kami pergi adalah Water Cruise . Kami semua menaiki bot dan dibawa mengelilingi melaka . Di sana anda dapat melihat terdapat pelbagai lukisan atau mural yang ada pada dinding bangunan . Selepas itu kami teruskan perjalanan kami ke Menara Taming Sari . Walaupun keadaan lalu lintas di sana agak sesak tapi kami selamat sampai mengikut masa yang ditetapkan . Setibanya kami di sana , kami semua menunggu giliran untuk menaiki menara tersebut . MasyaAllah , Indahnya ciptaan Tuhan yang Maha Esa . Selepas itu kami terus balik untuk menyiapkan diri untuk majlis makan malam pada malam tersebut . Tema yang diberikan adalah #Throwback . Malam tersebut kami semua berpakaian mengikut tema yang diberikan . Majlis dimulakan dengan bacaan doa kemudian diteruskan dengan ucapan ketua guru disiplin dan ketua pengawas . Seterusnya , majilis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi anugerah yang telah ditetapkan dan penyampaian cendrahati kepada barisan pengawas tingakatan lima . Semasa majlis sedang berlansung , kami dihidangkan dengan pelbagai makanan yang sedap dan lazat , siap ada yang bertambah lagi . Kami menutup majlis malam tersebut dengan mengambil gambar setiap form dan gambar unit . Pada keesokan harinya , kami meneruskan aktiviti kami dengan bermain bola dan pelbagai aktiviti yang berfaedah serta mencergaskan . Tepat sahaja pukul 12 kami semua terus check out dan bergerak pulang .



Prefect Of The Year . Tahniah !


Barisan Pengawas Tingakatan Dua . Our Junior 2014 .
Barisan Pengawas Tingatakan Tiga . Good Luck PT3 !

Barisan Pengawas Tingkatan Empat . Penyambung Legasi . Good Luck SMA !
 Dan akhir sekali . . .


Barisan Pengawas Tingakatan Lima . #SeniorPrefect2014 . Good Luck SPM !

Setakat ini sahaja yang mampu saya update pada kali ini . Sorry tak banyak gambar . Akhirnya sudah selesai aktiviti kita pada tahun ini . Sekarang semua fokus pada peperiksaan masing-masing ye tapi jangan lupa pada tanggungjawab kita sebagai pengawas . Semoga Ukhwah yang terjalin akan sentiasa erat dan tidak akan putus .

KAMI PENGAWAS !!!



Janganlah membenci , Hentikan dari saling menyakiti .

Hanya jikalau bersatu , Ummahmu akan lebih MAJU .


Friday, March 7, 2014

Jamuan Akhir Tahun Pengawas 2013


Assalamualaikum sebagai pembuka bicara . Update kali ini mengisahkan tentang Jamuan Akhir Tahun Pengawas . Jamuan Akhir Tahun Pengawas merupakan satu acara wajib pada setiap tahun . Tujuan Jamuan ini dilakukan adalah untuk memberi penghargaan kepada semua pengawas yang telah menjalankan tannggungjawab mereka sepanjang tahun . Alhamdulillah , pada tahun 2013 , Jamuan Akhir Tahun Pengawas telah diadakan di luar kawasan sekolah iaitu di Banting , Selangor dan buat julung-julung kalinya Jamuan ini dilakukan selama 2hari 1malam .

okay , perjalanan aktiviti ini dimulakan dengan pendaftaran dan sesi taklimat . Kemudian semua pengawas masuk ke dalam bas untuk memulakan perjalanan . Apabila kami sudah sampai di destinasi yang telah ditetapkan , semua pengawas diminta untuk mengambil kunci chalet dan masuk ke chalet yang ditetapkan . Semua pengawas diberi masa rehat sehingga pukul 8malam .

Acara Jamuan bermula pada pukul 8malam . Acara dimulakan dengan menjemput semua pengawas serta guru-guru pengawas untuk masuk ke dewan makan yang disediakan . Tema yang diberi untuk Jamuan tahun ini adalah DREAM IS TRUE . Nak tengok gambar ? Jom jom !





MC Majlis :)

Ucapan Pengarah Program

Ucapan Ketua Pengawas

Ucapan Guru Disiplin




 Now , untuk gamba bagi setiap tingkatan yang dimulakan dengan tingkatan tiga :)

Pengawas Tingkatan Tiga
Pengawas Tingkatan Lima



Okay . Now untuk gamba Unit pulak :)

UNIT DISIPLIN
UNIT FAIL DAN MAKLUMAT

UNIT KEBAJIKAN

UNIT BENDERA

UNIT ICT
GAMBAR SEMUA PENGAWAS SAM HULU LANGAT 2013




HARI KE - 2
















Dah tengok gambar dah ? Dah kan ? Kan ? So , itu sahaja update untuk kali ini . Hope Ukhwah Fillah kita takkan terputus . InsyaAllah .

#CreaditsToPengawasTingkatanEmpat2013


Wednesday, March 5, 2014

Akademi Pengawas Siri 4&5 : BOWLING TOURNAMENT

"Sahabat , awak lupa something" "Apa?" . "Pimpin tangan saya saat saya terjatuh" . SubhanAllah . Indahnya jika ada persahabatan begini .

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog . Alhamdulillah setelah sekian lama terbiar , sedikit sebanyak saya ingin update mengenai aktiviti yang telah dilakukan oleh Badan Pengawas SAM Hulu Langat sepanjang 2013 . Seperti yang anda telah ketahui , setiap tahun kami Badan Pengawas SAM Hulu Langat akan mengadakan Akademi Pengawas (AP) . Pada tahun 2013 , pengawas tingkatan 4 telah melakukan sebanyak 5 siri . Tahniah diucapkan kepada mereka kerana menjayakan AP siri 5 dengan jayanya . AP siri 5 ini merupakan siri yang terakhir bagi tahun 2013 dan Aktiviti yang diadakan pada AP siri 5 ini merupakan Jamuan Akhir Tahun . Butirannya :-

TEMPAT    : The Mines

Masa           : 8.00 pagi - 4.30 petang

PESERTA   : Semua pengawas dan Ahli Akademi Pengawas

Kami memulakan perjalanan kami dengan pendaftaran sejurus selepas habis waktu perhimpunan di dewan sekolah .



selepas pendaftaran , semua peserta diberikan taklimat oleh wakil pengawas tingkatan empat mengenai tentatif , dan akitviti sepanjang hari .





selepas mendengar taklimat , semua peserta bergerak menuju ke bas yang telah disediakan .







dah check , semua cukup . Tiada yang tertinggal so off we go to The Mines . Vroom vromm ! Setelah sampai , kami semua berkumpul di hadapan mines dan menuju masuk ke pusat bowling .






Dah masuk di The Mines . Semua peserta memilih kasut dan bola bowling . Kemudian mereka memulakan acara dengan ucapan daipada guru penasihat iaitu Puan Haslina dan Puan Iza Shazleenda dan seterusnya  Warm Up agar tidak ada yang tercedera semasa bermain .













Selesai acara bermain bowling , semua peserta diberikan makanan untuk mengisi perut yang sudah kosong ,dan seterusnya mereka bebas untuk meneroka bangunan The Mines selama 1jam setengah . Alhamdulillah , program ini berjalan dengan lancar . Semua peserta mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan menepati masa yang diberikan .  Semoga Ukhwah Fillah ini dikekalkan insyaAllah .


Assalamualaikum W.B.T

Selamat Datang ke Blog Pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. Kami barisan kepimpinan sekolah akan melaksanakan visi & misi kami dengan baik.

Kepimpinan adalah amanah dari Allah