Wednesday, January 23, 2013

Jamuan Awal Tahun 2013

Masih belum terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. Semoga pada tahun 2013 ini, semangat kita masih membara dan berkobar-kobar untuk terus mencipta kejayaan. Diharapkan juga kepada semua barisan pengawas SAM Hulu Langat terus berusaha untuk meningkatkan kualiti disiplin pelajar dan siap sedia untuk berkhidmat demi sekolah tercinta.

21 Januari 2013 atau 9 Rabiul Awal 1434H bersamaan dengan hari Isnin yang lalu, barisan pengawas tingkatan empat telah mengadakan Jamuan Awal Tahun yang merupakan acara tahunan pengawas SAM Hulu Langat. Bermula pada jam 3.30 petang di kantin sekolah, menu yang dihidangkan ialah mee hun goreng serta nasi goreng. Cukup sederhana tetapi begitu meriah. Majlis dibuka dengan bacaan suci ummul furqan, Al-Fatihah dan dimulakan dengan ucapan penolong ketua pengawas, Nur Hidayah binti Samizan. Seterusnya, ucapan daripada guru pengawas iaitu Puan Haslina Abdul Rahman dan bacaan doa daripada saudara Iqram bin Ramshamso. Maka, makan petang kami pun bermula.

Majlis diakhiri dengan ucapan selamat tinggal daripada saudara Iqram Ramshamso yang akan berpindah ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang. Seusai makan, sesi fotografi menjadi acara penutup majlis.






















No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T

Selamat Datang ke Blog Pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. Kami barisan kepimpinan sekolah akan melaksanakan visi & misi kami dengan baik.

Kepimpinan adalah amanah dari Allah