Sunday, March 10, 2013

Bengkel Ketua Kelas 2013

Bukan sahaja pengawas, pembimbing rakan sebaya, pengawas pusat sumber mahupun BADAR sahaja yang perlu mengikuti pelbagai program motivasi bagi melatih kepimpinan masing-masing. Ketua kelas dan penolong ketua kelas juga memerlukan aktiviti dan program yang mampu meningkatkan kemahiran serta mengukuhkan semangat mereka. Mereka juga pemimpin, pemimpin di dalam kelas.

Oleh itu, barisaan tingkatan 3 telah menerima tugasan untuk mengadakan sebuah program yang diberi nama Bengkel Ketua Kelas (BKK) bagi melatih para ketua kelas serta penolong ketua kelas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. Bengkel Ketua Kelas Siri 1 telah diadakan pada hari Jumaat yang lepas bersamaan dengan 22 Februari 2013 bertempat di Dewan Makan SAM Hulu Langat dan hanya melibatkan pengawas tingkatan tiga dan lima sahaja. Bermula pada jam 3.00 petang dengan sesi pendaftaran di Astaki.

Majlis dimulakan dengan bacaan ummul furqan, Al-Fatihah dan diteruskan lagi dengan ucapan perasmian guru pengawas yang tercinta, Puan Haslina Abdul Rahman. Kemudian, ucapan selamat datang oleh Penolong Ketua Pengarah BKK iaitu Nur Thaqifah Najwa dan pembahagian kumpulan oleh Nur Sarah. Aktiviti yang pertama ialah menyusun kepingan puzzle dan membentangkan soalan yang diberikan oleh jawatankuasa pelaksana.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan dan bacaan Tasbih Kafarah wa Suratul Asr. Tahniah kepada ketua dan penolong ketua kelas yang hadir juga kepada barisan pengawas tingkatan tiga kerana telah berjaya menguruskan program tersebut. Mabruk ! :)















No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T

Selamat Datang ke Blog Pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. Kami barisan kepimpinan sekolah akan melaksanakan visi & misi kami dengan baik.

Kepimpinan adalah amanah dari Allah