Saturday, September 20, 2014

Jamuan Akhir Tahun 2014

ASSALAMUALAIKUM sebagai pembuka bicara . 

Kali ini saya nak update mengenai Jamuan Akhir Tahun Pengawas 2014 .

Tempat : D'Village Hotel Melaka

Hari : 2Hari 1Malam

Sebelum itu , tahniah diucapkan kepada pengawas tingkatan 4 yang telah menjayakan program tersebut dengan bimbingan guru pengawas iaitu Puan Rohaizah dan Encik Azri . Okay , sebelum nak tengok gambar , ingin saya ceritakan sedikit tentang perjalanan kami sepanjang berada di Melaka . Kami semua berkumpul di sekolah pada 9 pagi dan bertolak pada pukul 10 pagi . Perjalanan ke Melaka mengambil masa kira-kira 2 jam sahaja . Setibanya kami di sana , kami terus check in ke dalam bilik hotel masing-masing . Selepas itu kami teruskan aktiviti kami dengan pergi melawat ke tempat-tempat yang menarik di Melaka , antara tempat yang sempat kami pergi adalah Water Cruise . Kami semua menaiki bot dan dibawa mengelilingi melaka . Di sana anda dapat melihat terdapat pelbagai lukisan atau mural yang ada pada dinding bangunan . Selepas itu kami teruskan perjalanan kami ke Menara Taming Sari . Walaupun keadaan lalu lintas di sana agak sesak tapi kami selamat sampai mengikut masa yang ditetapkan . Setibanya kami di sana , kami semua menunggu giliran untuk menaiki menara tersebut . MasyaAllah , Indahnya ciptaan Tuhan yang Maha Esa . Selepas itu kami terus balik untuk menyiapkan diri untuk majlis makan malam pada malam tersebut . Tema yang diberikan adalah #Throwback . Malam tersebut kami semua berpakaian mengikut tema yang diberikan . Majlis dimulakan dengan bacaan doa kemudian diteruskan dengan ucapan ketua guru disiplin dan ketua pengawas . Seterusnya , majilis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi anugerah yang telah ditetapkan dan penyampaian cendrahati kepada barisan pengawas tingakatan lima . Semasa majlis sedang berlansung , kami dihidangkan dengan pelbagai makanan yang sedap dan lazat , siap ada yang bertambah lagi . Kami menutup majlis malam tersebut dengan mengambil gambar setiap form dan gambar unit . Pada keesokan harinya , kami meneruskan aktiviti kami dengan bermain bola dan pelbagai aktiviti yang berfaedah serta mencergaskan . Tepat sahaja pukul 12 kami semua terus check out dan bergerak pulang .



Prefect Of The Year . Tahniah !


Barisan Pengawas Tingakatan Dua . Our Junior 2014 .
Barisan Pengawas Tingatakan Tiga . Good Luck PT3 !

Barisan Pengawas Tingkatan Empat . Penyambung Legasi . Good Luck SMA !
 Dan akhir sekali . . .


Barisan Pengawas Tingakatan Lima . #SeniorPrefect2014 . Good Luck SPM !

Setakat ini sahaja yang mampu saya update pada kali ini . Sorry tak banyak gambar . Akhirnya sudah selesai aktiviti kita pada tahun ini . Sekarang semua fokus pada peperiksaan masing-masing ye tapi jangan lupa pada tanggungjawab kita sebagai pengawas . Semoga Ukhwah yang terjalin akan sentiasa erat dan tidak akan putus .

KAMI PENGAWAS !!!



Janganlah membenci , Hentikan dari saling menyakiti .

Hanya jikalau bersatu , Ummahmu akan lebih MAJU .


1 comment:

  1. Sori typo byk lhh kwn. And it's true that picture of prefect form2? I got somebody else. Sorry i comment so much.

    ReplyDelete

Assalamualaikum W.B.T

Selamat Datang ke Blog Pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. Kami barisan kepimpinan sekolah akan melaksanakan visi & misi kami dengan baik.

Kepimpinan adalah amanah dari Allah