Wednesday, March 5, 2014

Akademi Pengawas Siri 4&5 : BOWLING TOURNAMENT

"Sahabat , awak lupa something" "Apa?" . "Pimpin tangan saya saat saya terjatuh" . SubhanAllah . Indahnya jika ada persahabatan begini .

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog . Alhamdulillah setelah sekian lama terbiar , sedikit sebanyak saya ingin update mengenai aktiviti yang telah dilakukan oleh Badan Pengawas SAM Hulu Langat sepanjang 2013 . Seperti yang anda telah ketahui , setiap tahun kami Badan Pengawas SAM Hulu Langat akan mengadakan Akademi Pengawas (AP) . Pada tahun 2013 , pengawas tingkatan 4 telah melakukan sebanyak 5 siri . Tahniah diucapkan kepada mereka kerana menjayakan AP siri 5 dengan jayanya . AP siri 5 ini merupakan siri yang terakhir bagi tahun 2013 dan Aktiviti yang diadakan pada AP siri 5 ini merupakan Jamuan Akhir Tahun . Butirannya :-

TEMPAT    : The Mines

Masa           : 8.00 pagi - 4.30 petang

PESERTA   : Semua pengawas dan Ahli Akademi Pengawas

Kami memulakan perjalanan kami dengan pendaftaran sejurus selepas habis waktu perhimpunan di dewan sekolah .



selepas pendaftaran , semua peserta diberikan taklimat oleh wakil pengawas tingkatan empat mengenai tentatif , dan akitviti sepanjang hari .





selepas mendengar taklimat , semua peserta bergerak menuju ke bas yang telah disediakan .







dah check , semua cukup . Tiada yang tertinggal so off we go to The Mines . Vroom vromm ! Setelah sampai , kami semua berkumpul di hadapan mines dan menuju masuk ke pusat bowling .






Dah masuk di The Mines . Semua peserta memilih kasut dan bola bowling . Kemudian mereka memulakan acara dengan ucapan daipada guru penasihat iaitu Puan Haslina dan Puan Iza Shazleenda dan seterusnya  Warm Up agar tidak ada yang tercedera semasa bermain .













Selesai acara bermain bowling , semua peserta diberikan makanan untuk mengisi perut yang sudah kosong ,dan seterusnya mereka bebas untuk meneroka bangunan The Mines selama 1jam setengah . Alhamdulillah , program ini berjalan dengan lancar . Semua peserta mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dan menepati masa yang diberikan .  Semoga Ukhwah Fillah ini dikekalkan insyaAllah .


2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah delete...mesti nyampah tui dgn cgu tuh 6ek

      Delete

Assalamualaikum W.B.T

Selamat Datang ke Blog Pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. Kami barisan kepimpinan sekolah akan melaksanakan visi & misi kami dengan baik.

Kepimpinan adalah amanah dari Allah