Saturday, September 8, 2012

Sambutan Raya


Pada 8 SEPTEMBER 2012, sekolah telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri buat semua warga sekolah. Walaupun bulan Syawal hampir melabuhkan tirai, sambutannya masih meriah. Masih belum terlambat lagi untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir & Batin.

Sambutan ini juga merupakan hari sekolah ganti. Para pelajar perlu mengikut jadual hari Khamis. Walaubagaimanapun proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) tetap ada tetapi berakhir pada jam 10.10 pagi. Bermula dari jam 10.10 pagi, semua pelajar dikehendaki beratur di dataran sekolah. Kemudian, mereka digerakkan ke Dewan Makan bagi menikmati sedikit juadah. Para pengawas juga tidak terlepas dari menyambut bersama-sama pelajar lain. 

Setiap wajah guru dan pelajar terpancar wajah ceria. Walaupun sibuk dengan jadual gerak gempur dan pelbagai perkara, masih mempunyai masa lagi untuk diluangkan menyambut Hari Raya bersama-sama. Maaf dipohon, tangan kami hulur. Post sambutan raya kali ini tiada gambar, kemudian nanti akan dimasukkan.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T

Selamat Datang ke Blog Pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. Kami barisan kepimpinan sekolah akan melaksanakan visi & misi kami dengan baik.

Kepimpinan adalah amanah dari Allah