Friday, June 22, 2012

Majlis Ihtifal Zon 2012


Pada hari isnin, 18 Jun 2012. Sekolah Agama Menengah Hulu Langat telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan Ihtifal zon 2012. Sebanyak 44 buah sekolah menghantar wakil untuk bertanding. Kehadiran mereka yang mencecah 500 orang menceriakan suasana sekolah.
Walaupun pengawas tingkatan 4 dan tingkatan 5 perlu bertugas pada hari tersebut, kami tidak melepaskan peluang dengan membuka gerai jualan bagi menambahkan dana badan pengawas. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.
 Nama gerai kami "PREFECT'S STYLE"
 That is our Menu
 Kerjasama itu Penting dalam sesebuah Organisasi


 Pengawas yang bertugas sebagai "Runner"
 Samten Terbaik !
 Secara keseluruhan program Ihtifal pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Beberapa orang peserta SAM  Hulu Langat berjaya mendapat johan dan akan bertanding dalam pertandingan Ihtifal Negeri pada 21 Jun 2012.
Gerai pengawas pula mendapat sambutan yang positif dan mencapai matlamat dan yang telah disasarkan. Terima Kasih atas kerjasama semua pihak sama ada terlibat secara langsung mahupun tidak. Jasa anda sangat kami hargai.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T

Selamat Datang ke Blog Pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. Kami barisan kepimpinan sekolah akan melaksanakan visi & misi kami dengan baik.

Kepimpinan adalah amanah dari Allah