Friday, May 25, 2012

Lambat Tidak Bermaksud Kami Lupa



Bermula 7 Mei 2012, Isnin,  pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 memulakan perjuangan. Menduduki peperiksaan pertengahan tahun. Masa untuk menguji sejauh mana kefahaman kami terhadap subjek yang telah kami pelajari selama ini.
Minggu pertama, peperiksaan berjalan dengan lancar. Satu per satu soalan dijawab dengan teliti. Mendoakan kejayaan mengiringi usaha yang telah dicurahkan. Namun begitu datang cabaran kepada pengawas pada minggu kedua peperiksaan.
Kami pengawas, diberikan kepercayaan untuk menguruskan sambutan Hari Guru pada 16 Mei, bersama – sama dengan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Pengawas Pusat Sumber (PPS), Badan Dakwah dan Rohani (Badar). Alhamdulillah segalanya berjalan lancar!
Manusia merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah itu sebaik – baik perancang. Tanpa disangka – sangka, pada hari terakhir peperiksaan, 24 Mei 2012, Khamis, kami telah dikejutkan bahawa pada keesokan harinya, Jumaat, kami ditugaskan mengadakan “Majlis Perpisahan Puan Hasnie” yang bakal berpindah ke sekolah baru.
Setelah selesai peperiksaan, kami sekali lagi bertungkus lumus menggembleng tenaga bersama dengan PRS, PPS dan Badar bagi membuat persediaan majlis tersebut. Berkat usaha dan doa semua pihak, majlis dapat dijalankan dengan jayanya.
Lambat Tidak Bermaksud Kami Lupa.
Walaupun kami sibuk dengan peperiksaan. Walaupun kami sibuk menguruskan majlis sambutan hari guru tahun 2012. Walaupun kami sibuk menjayakan majlis perpisahan guru. Kami masih berpeluang untuk mengadakan satu mini program yang ringkas tetapi cukup bermakna.
Pada hari terakhir persekolahan, 24 Mei 2012, Jumaat. Pengawas tingkatan 5 telah membuat majlis sambutan hari guru secara kecilan bersama guru pengawas, PUAN IZA SHAZLEENDA IDERIS dan PUAN HASLINA ABD RAHMAN!
Mereka umpama lilin yang membakar diri mereka untuk menerangi jalan anak didik mereka. Sudah banyak yang mereka lalui. Sudah banyak yang mereka korbankan semata – mata untuk melihat anak didik mereka berjaya dimenara gading.
Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PUAN IZA dan PUAN HASLINA yang telah mendidik dan menjaga kami sepanjang kami menjadi pengawas di SAM Hulu Langat. Semoga ukhwah yang terbina antara kita berkekalan hingga ke syurga. Insyaallah.
Lambat Tidak Bermaksud Kami Lupa kepada guru kami.
Lambat Tidak Bermaksud Kami Lupa pengorbanan guru kami
Lambat Tidak Bermaksud Kami Lupa untuk menghargai.

PUAN IZA SHAZLEENDA IDERIS
PUAN HASLINA ABD RAHMAN

SELAMAT HARI GURU! KAMI SAYANG CIKGU!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T

Selamat Datang ke Blog Pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. Kami barisan kepimpinan sekolah akan melaksanakan visi & misi kami dengan baik.

Kepimpinan adalah amanah dari Allah