Tuesday, April 10, 2012

AKADEMI PENGAWAS SIRI 2

Bismillahirrahmanirrahim

TARIKH : 6 APRIL 2012
 HARI : JUMAAT
TEMPAT : DEWAN AZ-ZAMAKHSYARI
MASA : 3.00 - 5.00 P.M.


 Tahun ini merupakan tahun ketiga Akademi Pengawas ditubuhkan. Sudah menjadi adat, pengawas tingkatan 4 akan mengelolai unit ini. Akademi Pengawas siri 2 telah berjaya dijalankan dengan lancar dan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. 

Seawal jam 2.40 minit petang semua pengawas (mentor) sudah berkumpul menunggu kedatangan Ahli Akademi Pengawas (mentee). Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah seterusnya nyanyian lagu tema Akademi Pengawas yang bertajuk Ku Berlari.Kemudian taklimat diberikan oleh AJK Pelaksana tentang AKADEMI PENGAWAS SDN. BHD. Puan Haslina Abd Rahman, selaku ketua guru pengawas turut berucap dalam sesi soal jawab bersama ahli Akademi Pengawas Sdn. Bhd.

Liandaokdina selaku AJK Pelaksana telah memberi penerangan bagi permainan unsur dan sebatian. Dalam konteks permainan ini, unsur bermaksud duduk dalam kumpulan yang sama jantina. Manakala sebatian bermaksud duduk dalam kumpulan yang campur jantinanya. Mereka yang gagal mendapatkan kumpulan dalam tempoh yang diberikan akan disingkirkan. Permainan ini diteruskan sehingga tinggal 2 pemain untuk dipilih sebagai pemenang.

Luqman al-Hakim diumumkan sebagai pemenang bagi permainan unsur dan sebatian ini. Beliau turut memberikan ucapan dan sedikit tips kemenangannya.



 Program diteruskan dengan membuat "trademark" bagi setiap kumpulan. Kerjasama setiap kumpulan dapat dilihat melalui aktiviti ini.


 Lagu tema Akademi Pengawas dinyanyikan sekali lagi tanda penutup program siri ke-2.

Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada semua ahli Akademi Pengawas yang berganding bahu untuk menjayakan program ini.


Credit : Photography [ HIDAYAH SAMIZAN ]
Editor [ NURUL AYUNI ]
INFO [ HAFIZ HADI / IRFAN ARIF ]

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum W.B.T

Selamat Datang ke Blog Pengawas Sekolah Agama Menengah Hulu Langat. Kami barisan kepimpinan sekolah akan melaksanakan visi & misi kami dengan baik.

Kepimpinan adalah amanah dari Allah